

- Peningkatan jualan
- Imej syarikat meningkat
Contoh lain, bayangkan anda memberikan sehelai kertas bertaip tentang produk anda dengan sehelai kertas yang mempunyai gambarajah menarik tentang produk anda. Yang mana satu akan menarik minat orang ramai untuk membaca?
Fikirkan sendiri, grafik dan bisnes mempunyai kaitan rapat yang telah disedari oleh negara maju lebih 30 tahun yang lalu. Kerana itulah kita lihat sekarang, produk yang bermutu pasti mempunyai packaging yang sangat menarik dan bermutu. Mengikut kajian saya, ianya disebabkan oleh :-
- Semakin berkualiti dan berbeza produk itu, semakin sukar untuk ditiru oleh orang lain. Ini bermaksud, produk ini mempunyai ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri setaraf dengan kualiti dan keberkesanan produk itu.
- Imej produk itu akan lebih terserlah. Ini memungkinkan produknya itu akan luar biasa berbanding produk lain serta lebih menonjol apabila diletakkan di pasaraya di seluruh dunia.
Jadi, bagaimana jika anda inginkan produk dan imej syarikat anda meningkat? Apa yang membuatkan orang ramai tertarik dengan produk anda? Nantikan jawapannya.