Thursday, October 14, 2010

Grafik & Bisnes




Bisnes di Malaysia semakin berkembang maju. Jika 10 tahun lalu orang ramai takut dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 1998 tetapi hari ini, pada tahun 2009, kegawatan ekonomi dilalui bagai tiada apa yang berlaku. Ianya dianggap sebagai pembakar semangat untuk bumiputera semakin maju di dalam bisnes.






Dibantu oleh pelbagai badan-badan kerajaan dan swasta dalam memberi bantuan dari segi dana dan khidmat nasihat, golongan bumiputera ini semakin berkembang saban hari.






Teknik pemasaran, pengurusan dan perkhidmatan sering diajar kepada golongan ini agar mereka semakin membangun dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat lain.






Pernahkah anda terfikir tentang wajah korporat perniagaan anda?






Di negara maju, sering kita lihat teknik pengiklanan sesebuah produk itu kadang-kadang di luar batasan pemikiran. Ada yang menggunakan dinding bangunan terbiar sebagai media pengiklanan seperti dalam gambar di atas. Ianya memberikan impak yang begitu besar kepada orang ramai yang melihat. Hasilnya?




  1. Peningkatan jualan


  2. Imej syarikat meningkat


Contoh lain, bayangkan anda memberikan sehelai kertas bertaip tentang produk anda dengan sehelai kertas yang mempunyai gambarajah menarik tentang produk anda. Yang mana satu akan menarik minat orang ramai untuk membaca?



Fikirkan sendiri, grafik dan bisnes mempunyai kaitan rapat yang telah disedari oleh negara maju lebih 30 tahun yang lalu. Kerana itulah kita lihat sekarang, produk yang bermutu pasti mempunyai packaging yang sangat menarik dan bermutu. Mengikut kajian saya, ianya disebabkan oleh :-





  1. Semakin berkualiti dan berbeza produk itu, semakin sukar untuk ditiru oleh orang lain. Ini bermaksud, produk ini mempunyai ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri setaraf dengan kualiti dan keberkesanan produk itu.


  2. Imej produk itu akan lebih terserlah. Ini memungkinkan produknya itu akan luar biasa berbanding produk lain serta lebih menonjol apabila diletakkan di pasaraya di seluruh dunia.


Jadi, bagaimana jika anda inginkan produk dan imej syarikat anda meningkat? Apa yang membuatkan orang ramai tertarik dengan produk anda? Nantikan jawapannya.